Penggunaan kotak pindah rumah atau pejabat yang sesuai memainkan peranan yang penting bagi kerja-kerja pemindahan atau pengalihan barang. Kotak pindah kotak pindah yang standart adalah kotak pindah yang berkualiti tidak kurang daripada 150/M/150 BAF (double layer). Penggunaan kotak pindah double layer ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang cukup untuk melindungi barangan anda. Selain mempunyai ketebalan yang standart +-8mm, ianya juga lebih liat sedikit daripada kualiti single layer. Ini adalah bertujuan mengelakan kotak ini daripada bocor. koyak dan merosakan isi yang terdapat didalam kotak tersebut. Ciri-ciri lain yang terdapat pada kotak pindah jenis ini adalah jahitan dawai (stepler) pada bahagian penyambungnya, bahagian badan kotak pindah,ini juga salah satu daripada ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada kotak pindah standart ini. Kotak pindah standart jenis double layer ini mampu untuk menampung berat maksimum 18 hingga 23 kilogram pada setiap kotak dan saiz ideal untuk kotak pindah adalah 18 inci lebar x 18 inci panjang x 18 inci tinggi.
Penggunaan kotak pindah terpakai adalah tidak digalakan, ini adalah kerana penggunaan kotak pindah terpakai telah susut kualitinya dan tidak mampu menampung berat yang diletakan didalamnya. Selain pada bahagian badan kotak mempunyai cetakan yang kadang-kadang merimaskan dan kadangkala ianya agak memalukan.
Selain daripada penggunaan kotak, penggunaan plastik air bubble juga adalah digalakan, ini adalah untuk melindungi bahagian atau produk yang berasakan kaca, seramik dan juga barangan lain yang mudah pecah seperti contoh, cermin dinding, barang perhiasan kaca dan juga bingkai gambar atau bingkai hiasan dinding daripada patah dan pecah. Plastik air bubble ini mempunyai gelembung-gelembung angin yang bertindak sebagi kusyen untuk memberi perlindungan kepada barangan tersebut daripada retak dan rosak semasa proses pemindahan dilakukan.